"Nak Abah tolong Liana tak....?"
Sambal Goreng Pengantin (SGP) ni local dish yang sangat popular di Singapura. dah lebih 20 tahun, to be exact, 22 tahun i masak SGP ni.... disajikan di musim perayaan atau kebesaran seperti majlis perkahwinan. Memang sedap rasanya. pedas2, balanced with sedikit manis dan masam. baru ada umphh! Makanan asalnya orang Jawa. Agak renyah proses menyediakan SGP ni dibandingkan dengan lauk-pauk lain terutamanya rendang. semua bahan seperti daging lembu, paru, hati, tempe, tauhu, udang, bawang, cili potong perlu digoreng dahulu, kemudian baru kita masak sambalnya. segala bahan yang digoreng tadi, kita masukkan ke dalam sambal yang sedang dimasak. biar mesra semuanya. :-)
i teringat masa baru2 kahwin dulu, raya pertama di Penang selepas berkahwin, mak tanya, "Apa juadah raya kegemaran Nahar ?" Erkkk, i said i dunno! and Mak suruh i belajar masak SGP ni bila tahu this is Nahar's favourite. and now, jadi juadah kegemaran anak2 i dan antara juadah yang dicari oleh ahli keluarga sanak-saudara i di Penang juga....
masa first time raya lepas kahwin, raya di Spore. maka dapat la i rasa sambal goreng ni bila bertandang ke rumah sedara2 Nahar. okay.... macam sambal tumis je.... bisik hati i.... ah, sambal tumis lah agaknya.... hahahhahah......
pertama kali masak masa raya pertama kali di Spore. tolong2 mak mentua masakkan jer.... i ingatkan dia tahu masak, rupanya dia pun main cuba2 rupanya.... hampeh betollllll!!! ππbila dia suruh i goreng, i goreng, dia suruh i tumis, i tumis.... bila my father in law makan, dia akap, kering sikit lah... daging pun macam tergoreng keras.... weiii.... manalah i nak tahu pun apokobondonya menatang lauk ni.... hahahahha.....π
πππ
tahun kedu, masa raya di Penang, bila mak suruh jugak masak, i pun ikut2 jer la apa yang i ingat i buat masa di Spore time masak dgn mak mentua i tu.... ala2 sambal tumis kering2 la kot rasanya.... sedap tapi tak jadi kotttt...... hahahhah....bukan SGP... but i was nice, arwah mak yang alter betulkan texture juadah tu....
maka tahun ketiga , i nekad belajar sendiri. tiap2 kali pergi rumah sedara Nahar yang masak SGP sedap, i tanya macam mana nak masak. banyak tahun jugak lah i tanya ke sana ke sini.... dan ushar2 internet sendiri to compare. sampailah pandai.....alhamdulillah.
Apa bezanya sambal goreng dan Sambal Goreng Pengantin? Cara masak yang sama, cuma SGP mengandungi organ hati lembu. ibarat seperti hati kedua mempelai (pengantin) bersatu di dalam satu kuali. ahhh.... so romantik. jadi SGP menjadi dish yang lebih istimewa daripada sambal goreng. dan SGP tak sama ya dgn sambal godok. lain bahan yang digunakan.
tiap2 tahun raya di Penang i akan masak sekuali besar (equivalent 2-3 kuali besar biasa).... memang byk lah kerja tapi bab penyediannya bahan, potong2 semuanya anak2, anak2 sedara, adik i yang tolong. i akan masak sorang2.... selalunya by the time semua bahan dah siap dipotong, semua orang dah boleh relax atau buat kerja lain, maka terkontang-kanting lah i sorang2 kat dapur. Mak pulak busy dgn rendang mak... rendang mak pun anak2 i sukaaaaaaaa, jadi dia kena buat juga! πππ*love*

No comments:
Post a Comment