Thursday, May 21, 2015

"souvenir made in mana ni?"

Kita ni ikhlas lah belikan buah tgn nak kasi org bila balik makan angin. Bila diberi pada pakcik, soalan pakcik, "made in mana ni,  made in China ke?"
Allah Allah pakcik, sekarang zaman globalisation, negara2 maju kebanyakannya buka factory di negara2 membantu utk rendahkan kos manufacturing etc. Mmg lah byk barang yg kita beli walaupun di negara2 maju tu made in Tmpt2 lain. Penting sgt ke ada tulis made in mana brg sy kasi pakcik tu? Ke pakcik ingat sy beli kat "mustafa centre" dan bagi pakcik? Istigfar. Xbaik tau pakcik.  Kecik hati saya. Buruk sangka gitu. Saya beli dari jauh tau. Ntah2 pakcik yg selalu pergi mustafa centre lepas balik makan angin utk cari souvenir nak kasi org tak?😁, tu pasal pakcik ckp saya mcm tu. Kot nak kata terima kasih pun tidak. Alahai pakcik. Rasa cam lain kali xnak dah kasi apa2 kat pakcik. Saya g mustafa je belikan utk pakcik. After all, it's the thought that counts... Xgitu pakcik....

Friday, May 8, 2015

kisah kuih hari Jumaat

Kami sekeluarga bukanlah jenis yang cerewet. Apatah lagi memilih bila diberi rezeki. Tetambah rezeki di hari Jumaat. Rasa syukur atas tanda ingatan org pada kami. Memula tu ingatkan org beli dan bagi. Kekadang dpt pisang, kekadang biskut, atau keropok atau kekadang rupanya kuih lebihan yg org dpt maka diberi kepada kami. X apa,  kami X tolak rezeki.

Kekadang dpt tersgt banyak yg melampau. Pelik jugak. Hati mula ragui. Dibisik dek iblis. Memula tu ingatkan dibeli utk kami. Rupanya terlebih byk maka dptlah habuan yg byk utk kami. Tapi bila selalu dpt kuih2 yg keras dan rasa pun 'kureng' dan beberapa kali pada hari yg sama bila lewati rumah pemberi, diceritakan kuih-muih yg ada dan diberi pada kami semuanya dia dpt dari majlis. Yg keras2 sampai ke rumah kami, yg sedap2 ditayang di rumah pemberi. Aduhai. Mulianya hati pemberi. Barulah tahu yg hati ni X salah mencurigai. Baru perasan. Kalau kuih X sedap, maka sampailah ke rumah kami. Kalau yg enak2, nmpk dijamu di rumah pemberi. X Sampai ke rumah kami 😁
Tapi kekadang dpt juga kami rasa yg enak2, tapi hati agak tawar dibisik utk cari alasan diberi. Oh, rupanya tiada org dirumah atau pemberi makan angin, x balik berhari2 maka dptlah kuih2 sedap dihantar ke rumah kami sebab x ada org nak habiskan nanti.

Maka pahamlah kami... Kekadang dpt keropok lama atau biskut nak expired X lama lagi. Kekadang dpt ntah apa2 makanan yg dia pun X mahu dan dah nak dibuang. Hmmm. Terima kasih ingatkan kami. Kami bersyukur atas rezeki.